Buli di tandas sekolah: Polis rakam keterangan tujuh pelajar

IPOH – Polis telah merakam keterangan tujuh pelajar berhubung insiden buli terhadap seorang pelajar perempuan di tandas di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian, sebagaimana yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, ketujuh-tujuh individu berusia 13 dan 15 tahun itu merupakan mereka yang berada di lokasi kejadian.

Ujar beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Percakapan individu terlibat telah dirakam namun, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan pertuduhan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap kes seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dibuli oleh dua pelajar seniornya selepas menerima laporan pada hari sama.

Difahamkan, mangsa dibuli oleh dua pelajar perempuan yang berusia 15 tahun di sekolah sama pada 14 Jun lalu ekoran cemburu apabila mangsa dikatakan rapat dengan teman lelakinya.

Video berdurasi 1 minit 21 saat yang tular di media sosial memaparkan mangsa ditampar dua pelajar lain sehingga tular di media sosial telah mencetus kemarahan warganet. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kes buli pelajar di Perak, KPM serah siasatan kepada polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI