Dua pemilik syarikat kontraktor pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas 25 pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lalu.
Waris kepada dua remaja perempuan yang maut dalam nahas jalan raya di Jalan Padang Tembak di sini minggu lalu berhasrat menggunakan sebahagian bayaran Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) bagi melaksanakan badal haji untuk kedua-dua arwah.
Perasmian Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung (MPM) oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Selasa membuka lembaran baharu ke arah merealisasikan aspirasi Bandar Raya Pelancongan dan Maritim menjelang 2030.
Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan projek pembinaan bilik darjah jenis kabin atau Modular Precast System (MPS) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara disiapkan mengikut jadual tanpa menjejaskan aspek kualiti dan keselamatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta kepada 123 sekolah di seluruh Perak bagi melaksanakan program Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah di bawah inisiatif reformasi sekolah.
Pendirian UMNO di peringkat Bahagian berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya akan datang perlu dihormati seperti yang terjemahkan melalui kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan diteruskan dalam menghadapi pilihan raya akan datang susulan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semalam.
Malaysia menegaskan komitmen dalam memacu pembangunan bandar mampan melalui usaha menyokong pelaksanaan Agenda Bandar Baharu selaras peranannya sebagai Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat).