Penganjuran kejohanan World Triathlon Development Regional Cup dan Asian Triathlon Youth Cup Kampar 2026 terus mengangkat daerah ini sebagai destinasi pelancongan sukan apabila berjaya menarik penyertaan 500 atlet dari 34 negara termasuk Malaysia.
Program ‘Ipoh Bandar Muzik: Bulan Muzik’ menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 orang pengunjung dari dalam dan luar negara menerusi pelbagai acara yang berlangsung sepanjang Julai hingga pertengahan Ogos depan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap etnik Rohingya bagi mengelakkan perlanggaran undang-undang atau mencetuskan ketegangan.
Semua pelajar di bawah institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menebus pemberian Baucar Buku MADANI bernilai RM100 bagi setiap seorang bermula Julai depan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan kewujudan sebuah sekolah untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu.
Polis telah merakamkan keterangan 36 individu berhubung kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dua minggu hilang di Gunung Batu Putih.
Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai membunuh teman lelaki bekas kekasihnya serta merogol wanita terbabit dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Trans Perak dekat Kampung Gajah pada Rabu lalu kurang 24 jam selepas kejadian.
Kerajaan Negeri Perak menyerahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meneliti serta membuat penilaian terhadap keadaan jambatan kayu yang uzur dan reput di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu dekat Tapah.
Balai Cerap Negeri Perak bakal dibina di Pantai Pasir Panjang, Segari, Manjung dengan anggaran kos awal sebanyak RM38.65 juta bagi memperkukuh kemudahan cerapan falak serta mengembangkan aktiviti astronomi di negeri ini.
Kerajaan Perak akan memantau segala isu berkaitan etnik Rohingya yang kebanyakannya dipercayai berada di daerah Manjung termasuk mengambil kira aspek keselamatan penduduk tempatan.