DAP Teluk Intan buat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas

TELUK INTAN – DAP Teluk Intan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad berhubung kenyataan yang dibuat mendakwa pemimpin Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng.

Dalam satu kenyataan, DAP Teluk Intan memaklumkan laporan polis itu dibuat oleh Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, Badrul Hisham Badarudin di Balai Polis Teluk Intan pada Rabu.

Badrul Hisham berkata pihaknya mengecam tindakan Siti Mastura itu dengan menyifatkannya dakwaan yang dibuat pemimpin PAS itu berbaur hasutan dan fitnah jahat.

“Siti Mastura juga mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Hal ini memberi tanggapan buruk kepada umum bahawa DAP mengamalkan nepotisme.

“Kenyataan dari Ahli Parlimen Pas yang berbaur hasutan dan fitnah ini boleh mencetuskan kebencian, salah faham dan kecurigaan bukan sahaja kepada DAP malah boleh menjejaskan keharmonian antara kaum di Malaysia.

“Kami nasihatkan PAS agar jangan jadi ‘Parti Amalan Syaitan’ dan menjadi anasir kepada penghancur keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum itu tular di media sosial, Siti Mastura melalui ucapannya di Kemaman, Terengganu, mendakwa beberapa pemimpin DAP mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Chin Peng.

Menerusi video berdurasi 46 minit 51 saat itu, Siti Mastura pada suatu majlis pada 4 November lalu, menuduh Kit Siang adalah sepupu kepada pemimpin komunis itu.

Dalam video sama, Ahli Parlimen Kepala Batas itu turut mendakwa Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kuan Yew dan Chin Peng

Siti Mastura turut mendakwa Guan Eng mempunyai hubungan keluarga dengan ramai pemimpin DAP lain seperti Anthony Loke, Nga Kor Ming, Teresa Kok dan Datuk Ngeh Koo Ham. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Henti guna perkataan kafir, zionis, Yahudi label ahli Parlimen – Speaker

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI