DSP dituduh bunuh Zaharif Affendi, pengamal media kecewa kawalan ketat polis

IPOH – Pengamal media yang membuat liputan pertuduhan Pegawai Kanan Polis yang didakwa membunuh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Zamrie, 17, di Mahkamah Majistret di sini, kecewa ekoran tidak dapat merakam gambar dan video tertuduh.

Lebih menghampakan, tertuduh yang berpangkat deputi superintendan (DSP) dikawal ketat oleh pasukan polis sehingga menyukarkan pengamal media menjalankan tugas bagi melaporkan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

Pengamal media tiba di perkarangan mahkamah bermula jam 7.30 pagi menanti ketibaan tertuduh namun kenderaan yang membawanya tidak kelihatan sehingga jam 9.00 pagi.

Media kemudiannya dimaklumkan bahawa tertuduh sudah berada di dalam mahkamah dan hanya jurugambar Agensi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan juruvideo Astro Awani dibenarkan merakam gambar dan video.

Bagaimanapun hanya gambar dan video jarak jauh sahaja yang dapat dirakam selain tertuduh mengenakan pelitup muka dan turut diselubung kain sambil dikelilingi lebih lima anggota polis.

Tertuduh yang memakai baju t putih dan seluar hitam memasuki kamar mahkamah sekitar jam 9.00 pagi sebelum mendengar pertuduhan yang dibaca terhadapnya di hadapan Majistret S Punitha.

Kira-kira 10 minit kemudian tertuduh keluar dari kamar mahkamah dengan diselubungi kain sama sebelum di bawa keluar menaiki enam kenderaan yang melalui perkarangan mahkamah.

Terdahulu seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada 15 Disember lalu.

Mohd Nazri Abdul Razak, 44, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. -MG Perak

Artikel berkaitan: 

Suspek Langgar Mati Pelajar SPM Tangan Bergari Ke Mahkamah

Pegawai polis dituduh bunuh menyebabkan kematian Zaharif Affendi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI