Dua pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu tuntutan Daya Kerjaya PERKESO

IPOH – Dua pemilik syarikat kontraktor pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas 25 pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lalu.

Tertuduh, Neoh Wooi Lee, 50, Shareen Noordin David Noordin, 53 bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa atas tujuh pertuduhan mengemukakan Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 kepada ejen PERKESO atas nama Century Super Solution, bagi permohonan tuntutan insentif Program Daya Kerjaya 2.0 yang dengan secara prinsipalnya mempunyai kepentingan dan sebab untuk mempercayai mengandungi pernyataan palsu untuk mengelirukan ejen berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan secara bersama-sama di premis syarikat di Lorong Chengal, Taman Sunlight, Ipoh, dalam daerah Kinta, antara 26 Mei 2024 hingga 26 Ogos 2024.

Kesemua Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Ia membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pemilik syarikat kontraktor pembersihan, Shareen Noordin David Noordin, 53, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas 25 pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 OGOS 2026.

Sementara itu, Shareen Noordin turut didakwa dengan sembilan pertuduhan bagi kesalahan sama ke atas ejen PERKESO atas nama syarikat SN Super Clean Solution di alamat sama, antara 31 Mac 2024 hingga 4 September 2024.

Kesalahan yang dilakukan ibu tunggal itu dibuat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun, atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pada prosiding sama, Wooi Lee, didakwa atas sembilan pertuduhan bersubahat dengan Shareen Noordin atas kesalahan sama di SN Super Clean Solution, alamat sama, antara antara 31 Mac 2024 hingga 4 September 2024.

Tipu tuntutan Daya Kerjaya PERKESO Tuntutan palsu Daya Kerjaya PERKESO Penipuan Program Daya Kerjaya 2.0 Dokumen palsu PERKESO Kes SPRM Daya Kerjaya Tuntutan insentif PERKESO palsu Dua pemilik syarikat didakwa tipu tuntutan PERKESO Program Daya Kerjaya 2.0 PERKESO Mahkamah Sesyen Ipoh SPRM Dokumen palsu tuntutan insentif PERKESO Kes SPRM di Ipoh
Pemilik syarikat kontraktor pembersihan, Neoh Wooi Lee, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas 25 pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 OGOS 2026.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dibaca bersama Seksyen 18 akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, G Nanthini, manakala tertuduh Wooi Lee, diwakili peguam, Sheshalini Ramesh.

Pihak pendakwaan menawarkan wang jaminan bernilai RM4,000 kepada setiap seorang untuk setiap pertuduhan di samping perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM sebulan sekali.

Sheshalini memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum kerana anak guamnya perlu menanggung seorang anak yang masih belajar di universiti dengan pendapatan RM2,500 sebagai jurujual, selain lelaki itu mempunyai penyakit buah pinggang,

Sementara Shareen Noordin yang tidak diwakili peguam merayu permohonan sama atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap, mempunyai penyakit saraf dan kencing manis serta perlu menjaga seorang cucu Orang Kurang Upaya (OKU).

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin berjumlah RM8,000 dengan masing-masing seorang penjamin dan menetapkan 10 September sebagai tarikh sebutan semula. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SPRM tahan pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO RM12.3 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI