Dua penebang pokok cedera, kren patah

LUMUT – Dua cedera selepas kren digunakan mereka patah dari ketinggian 12 meter selepas selesai melakukan penebangan pokok di Jalan Teluk Batik, Kampung Teluk Batik, Seri Manjung dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.22 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati dua lelaki mengalami kecederaan. Seorang mangsa berusia 60-an patah kedua-dua kaki, patah tangan kiri dan pinggang manakala seorang mangsa warga Indonesia berusia 50-an patah tangan kiri dan kaki kanan.

“Kejadian berlaku akibat dari kren patah di bahagian tengah lalu jatuh ke atas sebuah pondok rehat,“ katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata, anggota membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa dan dihantar ke hospital menggunakan ambulan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Operasi tamat sepenuhnya jam 4.23 petang,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI