Gusar kakitangan gelap mata, Felcra Wilayah Perak tingkat integriti

PASIR SALAK – Felcra Berhad Wilayah Perak berhasrat memastikan semua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu bekerja di dalam persekitaran bebas rasuah seterusnya menerapkan nilai-nilai integriti.

Pengurus Besarnya, Yusoff Razali berkata, rentetan itu syarikat berkenaan mengambil inisiatif meneruskan usaha pencegahan dan pendidikan antirasuah dikalangan kakitangannya.

Menurut Yusoff, seiring dengan perkembangan ekonomi, Felcra Berhad Wilayah Perak banyak terlibat dengan kerja-kerja pembangunan tanah dan ladang dengan peruntukan besar diterima daripada kementerian.

“Jadi kita ingin memastikan semua kakitangan kita yang terlibat terutamanya melibatkan program-program dengan pihak kontraktor luar supaya memahami maksud sebenar integriti.

“Kita mahu elakkan berlakunya rasuah kerana Felcra mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk kegunaan raktar dan duit-duit ini digalakkan supata dibuat pemberian kerja-kerja kepada kontraktor tempatan.

“Jadi di situlah kita ingin memastikan semua pegawai kita diperingkat atasan sampai ke peringkat bawah memahami integriti kerana bukan apa kadang-kadang takut ada yang gelap mata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Felcra Berhad Wilayah Perak, di Kolej Felcra, Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, di sini, pada Rabu.

Mengulas mengenai program pemantapan integriti dan pencegahan rasuah berkenaan, Yusoff berkata, kira-kira 60 kakitangan Felcra Berhad Wilayah Perak termasuk 27 pengurus kawasan menyertai program berkenaan.

Ujar beliau, ia bertujuan untuk memperbaharui kakitangan Felcra Berhad Wilayah Perak mengenai integriti serta kesedaran anti rasuah.

“Kita kena sentiasa laksanakan program seumpama ini ekoran perubahan ekonomi ditakuti mempengaruhi mereka dan kita juga ingin menunjukkan ketegasan bahawa Felcra tidak berkrompomi soal integriti.

“Melalui program ini juga kita akan dedahkan peserta mengenai hukuman kepada pesalah-pesalah rasuah yang ditangkap serta dijatuhkan hukuman oleh mahkamah,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sasaran 25 teratas CPI perlu libatkan semua pihak – SPRM Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI