Hindar bermegah sehingga berhutang anjur majlis perkahwinan

IPOH – Masyarakat Islam dianjurkan untuk menghindari daripada bermegah-megah sehingga terpaksa berhutang kerana berbelanja besar dalam menganjurkan walimatulurus atau majlis perkahwinan.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi Khutbah Jumaat berkata, tuan rumah juga disaran untuk menyediakan makanan secara sederhana agar dapat mengelakkan pembaziran juadah pada majlis.

Katanya, majlis perkahwinan juga harus diatur dengan baik agar kewajipan solat tuan rumah, pengantin, mahupun tetamu tidak terabai kerana kesibukan memenuji acara yang terlalu berjela.

“Selain itu, khidmat pengacara majlis perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan menggunakan bahasa sesuai dan sopan serta menitip pesanan dan nasihat yang berguna.

“Pada masa sama, tuan rumah juga perlu memastikan muzik, lagu dan nasyid yang didendangkan pada majlis tidak terlalu kuat sehingga mengganggu para tetamu berbual, sedangkan matlamat utama majlis adalah untuk mengeratkan silaturahim,” katanya.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘Memenuhi Adab Walimatulurus’ yang disediakan JAIPk itu dibacakan di masjid dan surau diri jumaat seluruh Negeri Perak, pada Jumaat.

Di samping itu, teks khutbah turut menyentuh soal adab tetamu yang menerima undangan ke sebarang majlis perkahwinan.

Katanya, mereka yang menerima jemputan harus berusaha untuk hadir kerana kebanyakan sarjana Islam menghukumkan wajib untuk memenuhi undangan melainkan terdapat keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

Menurut teks sama, tetamu dinasihatkan untuk menghormati waktu jemputan iaitu tidak datang terlalu awal mahupun tiba melepasi daripada waktu majlis perkahwinan berlangsung.

“Jangan duduk terlalu lama, sebaiknya selesai menikmati hidangan, berikan ruang tempat duduk kepada tetamu lain yang sampai kemudian.

“Juga dinasihatkan, untuk tidak menceritakan sebarang kekurangan dan kecacatan pada majlis kepada orang lain, atau merendah-rendahkan pengantin dan keluarga tuan rumah,” tambahnya.

Justeru ujarnya, umat Islam dituntut untuk memenuhi adab sama ada ketika menganjur atau menghadiri majlis perkahwinan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Khutbah Jumaat Perak: Azam, usaha merugikan jika melakukan perkara mungkar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI