IMF semak pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia 4.7% tahun ini

KUALA LUMPUR – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) April 2026, IMF juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia pada 4.3 peratus bagi 2027.

Pada 2025, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Menerusi WEO Januari 2026 “Global Economy: Steady amid Divergent Forces”, IMF menjangkakan KDNK Malaysia bagi 2026 adalah sebanyak 4.3 peratus.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat hingga lima peratus tahun ini, dengan daya tahan domestik negara serta struktur eksport yang pelbagai terus menjadi penampan dalam menghadapi cabaran luaran semasa, terutama akibat konflik di Asia Barat. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI