Industri kopi Perak mampu tembusi pasaran halal global

IPOH – Industri kopi di Negeri Perak mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam pasaran halal tempatan, malah mampu menembusi pasaran halal global.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dapatan itu diperoleh hasil lawatan kerja beliau ke Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) yang berlangsung di Dubai, baru-baru ini.

Katanya, permintaan produk halal yang tinggi secara tidak langsung membuka ruang untuk lebih banyak jenama kopi halal di Perak untuk menembusi pasaran di peringkat antarabangsa.

Kopi perak negeri saarani pasaran halal global tempatan jenama antarabangsa
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap sekaligus merasmikan Program ‘Cherita Secangkir Kopi 2024’ di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2024.

“Saya telah mengadakan lawatan kerja ke Dubai dan Pakistan baru-baru ini kerana ada beberapa pelabur berpotensi untuk melabur di Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) di Lekir.

“Kita dapat kenal pasti potensi-potensi usahawan (dan pelabur untuk dibawa ke Perak HIP), jadi mengapa tidak untuk kita bawa juga pengusaha kopi di negeri ini untuk menjadikan tempat sama sebagai lokasi mempromosikan produk masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Cherita Secangkir Kopi di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Kopi perak negeri saarani pasaran halal global tempatan jenama antarabangsa
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyampaikan replika Johan Pertandingan Inovasi Kopi Perak kepada penerima pada Majlis Perasmian Program ‘Cherita Secangkir Kopi 2024’ di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh. Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed (tiga, kiri). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2024.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Norsiyenti Othman serta Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Rozlan Mohammad Razali.

Mengulas lanjut Saarani berkata, pembangunan itu perlu dilaksanakan secara inklusif, di mana para usahawan yang terlibat bukan sahaja menerima bimbingan tetapi juga sokongan berterusan daripada pelbagai agensi.

Kata beliau, STeP sebagai agensi yang memfokuskan pembangunan usahawan di Perak diminta untuk memberi perhatian kepada aspek pembangunan usahawan kopi pada tahun hadapan.

Kopi perak negeri saarani pasaran halal global tempatan jenama antarabangsa
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasa air kopi buatan anak tempatan ketika melawat gerai-gerai peniaga kopi pada Majlis Perasmian Program ‘Cherita Secangkir Kopi 2024’ di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2024.

Ujar beliau, hal ini juga didorong dengan perkembangan kopi semasa yang menggalakkan apabila pasaran minuman itu juga berkembang pesat di peringkat global.

Jelas beliau, dianggarkan pasaran kopi bernilai dolar Amerika Syarikat (USD) 461.25 bilion pada tahun 2022 dan dijangka mencapai USD 690.09 bilion menjelang 2030, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 5.2 peratus.

“Dalam konteks domestik, data Organisasi Kopi Antarabangsa pada tahun lalu menunjukkan rakyat Malaysia adalah antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik, dengan purata lebih 100 cawan setahun bagi setiap individu.

“Budaya ini telah menyumbang kepada perkembangan pesat kafe dan gerai kopi, yang kini menjadi pilihan utama masyarakat pelbagai peringkat,” katanya lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ‘pecah guni’ pakaian terpakai pada Majlis Perasmian Program ‘Cherita Secangkir Kopi 2024’ di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2024.

Tambah Saarani, inisiatif Jabatan Pertanian Negeri melalui inisiatif jenama Kopi Perak yang dilancarkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bulan lalu menjadi kembangaan negeri.

“Jenama Kopi Perak, hasil tanaman dan pemprosesan di negeri ini, telah menjadi kebanggaan tempatan.

“Dengan dedikasi ini biji kopi berkualiti tinggi dihasilkan, melambangkan usaha gigih negeri untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri kopi,” jelas beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Groovy Coffee tampil konsep retro 80-an

Mula dari minat, Ngopdul kini semakin berkembang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI