‘Kami cuba berdamai dengan takdir’ – keluarga arwah Zaharif Affendi

IPOH – Keluarga arwah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut dilanggar pegawai polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di sini, pada Disember tahun lalu sudah mula menjalani kehidupan seperti biasa

Abang arwah, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 30, berkata, mereka kini juga semakin kuat dalam menerima ketentuan Ilahi itu.

“Kami semua sudah menerima kenyataan ini. Walaupun (perasaan terhadap) kehilangan (Zaharif Affendi) itu sentiasa ada, tetapi kami cuba berdamai dengan takdir dan ketentuan ALLAH SWT,” katanya.

Zaharif Affendi calon SPM pelajar SMK Jati Ipoh perak maut dilanggar pegawai polis Zaharif Affendi calon SPM pelajar SMK Jati Ipoh perak maut dilanggar pegawai polis
Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, ditemui media ketika menziarahi pusara adiknya Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar pegawai polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Zarul Fitri berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menziarahi pusara Allahyarham Zaharif Affendi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Fair Park, dekat sini pada Rabu.

Turut bersamanya, Abdul Razak Judin, 49 dan peguam pemerhati yang dilantik keluarga, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Zamri Idrus.

Terdahulu, mereka turut menghadiri ke Mahkamah Majistret Ipoh selepas Majistret, S Punitha membenarkan kes disebut semula pada 21 Mac depan bagi serahan dokumen.

Zaharif Affendi calon SPM pelajar SMK Jati Ipoh perak maut dilanggar pegawai polis Zaharif Affendi calon SPM pelajar SMK Jati Ipoh perak maut dilanggar pegawai polis
Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, (kiri) bersama ahli keluarga terdekat menziarahi pusara adiknya Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar pegawai polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Set dokumen yang perlu disiapkan pihak pendakwaan itu adalah mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) berhubung pembekalan dokumen kepada pembelaan.

Abdul Razak ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, ahli keluarganya akan terus berjuang untuk mendapat keadilan arwah, walaupun ia memakan tempoh masa lama.

Zaharif Affendi calon SPM pelajar SMK Jati Ipoh perak maut dilanggar pegawai polis Zaharif Affendi calon SPM pelajar SMK Jati Ipoh perak maut dilanggar pegawai polis
Pegawai polis Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan disebut semula pada Mac depan di Mahkamah Majistret Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Pada 18 Disember tahun lalu, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Zaharif Affendi, 17, pada 15 Disember tahun lalu.

Kejadian itu berlaku di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari.

Kesalahan yang dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) itu memperuntuk hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pegawai polis dituduh bunuh calon SPM: Mahkamah tetapkan tarikh baru

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI