Pegawai polis dituduh bunuh calon SPM: Mahkamah tetapkan tarikh baru

IPOH – Kes melibatkan seorang pegawai polis yang dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan disebut semula pada Mac depan.

Majistret Mahkamah Ipoh, S Punitha pada Rabu menetapkan 21 Mac sebagai sebagai sebutan semula selepas pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon satu tarikh baharu bagi serahan dokumen.

polis pegawai bunuh calon SPM pelajar SMK jati ipoh mahkamah polis pegawai bunuh calon SPM pelajar SMK jati ipoh mahkamah
Pegawai polis Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan disebut semula pada Mac depan di Mahkamah Majistret Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Pasukan pendakwaan turut dihadiri, Saiful Akmal Mod Said dan Geetha Jora Singh.

Sementara tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong dan Lim Chi Chau.

Peguam pemerhati keluarga yang dilantik keluarga mangsa, Datuk Wan Azmir Wan Majid ketika ditemui berkata, set dokumen yang perlu disiapkan pihak pendakwaan itu adalah mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) berhubung pembekalan dokumen kepada pembelaan.

Katanya, Seksyen 51A CPC itu seharusnya mengandungi segala dokumen termasuk semua keterangan, video dan perkara-perkara yang berkaitan sebagai bukti dalam kes yang ingin dibawa.

Terdahulu, tertuduh yang merupakan pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan (DSP), hadir ke mahkamah dengan mengenakan jaket berpenutup kepala atau hoodie warna gelap serta memakai pelitup muka dengan kawalan anggota polis.

polis pegawai bunuh calon SPM pelajar SMK jati ipoh mahkamah polis pegawai bunuh calon SPM pelajar SMK jati ipoh mahkamah
Kenderaan membawa pegawai polis Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan disebut semula pada Mac depan di Mahkamah Majistret Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Keluarga mangsa termasuk abang, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 30, dan bapa saudara, Abdul Razak Judin, 49, turut hadir ke mahkamah.

Pada 18 Disember tahun lalu, Mohd Nazri dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada 15 Disember tahun lalu.

polis pegawai bunuh calon SPM pelajar SMK jati ipoh mahkamah polis pegawai bunuh calon SPM pelajar SMK jati ipoh mahkamah
Pegawai polis Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan disebut semula pada Mac depan di Mahkamah Majistret Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Kejadian itu berlaku di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Jati, antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari.

Kesalahan yang dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) itu memperuntuk hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pegawai polis dituduh bunuh menyebabkan kematian Zaharif Affendi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI