Kapal kargo Hong Kong ditahan di perairan Perak

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, menahan sebuah kapal kargo yang berdaftar di Hong Kong selepas gagal melaporkan ketibaan kepada pihak berkuasa, di perairan negeri dekat sini, pada Selasa.

Turut ditahan seorang nahkoda dibantu dengan 21 kru yang kesemuanya daripada warga China dan Myanmar.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kapal kargo itu ditahan pada kedudukan 14.2 batu nautika barat laut Pulau Pangkor sekitar jam 3 petang.

Kapal kargo Hong Kong ditahan di perairan Perak
Maritim Malaysia turut menahan seorang nahkoda dibantu dengan 21 kru yang kesemuanya daripada warga China dan Myanmar. Foto ihsan MARITIM MALAYSIA.

Katanya, kapal kargo sepanjang 190 meter itu telah dikesan pada Jumaat minggu lalu, ketika sedang bersauh melalui cerapan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut.

“Walaupun arahan untuk membongkar sauh dan beredar telah dikeluarkan namun kapal itu enggan berbuat demikian.

“Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris telah diatur gerak ke kedudukan kapal kargo itu untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua anak kapal terbabit telah gagal melaporkan ketibaan kepada Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurutnya, kesemua kru bersama anak kapal ditahan bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 449 dan dibaca bersama Kaedah 10(1) Peraturan Pelabuhan Persekutuan 1953. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Malaysia rampas bot nelayan tempatan tidak miliki lesen

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI