Wanita OKU rentung dalam kebakaran rumah, ibu cedera

PARIT BUNTAR – Seorang wanita kelainan upaya (OKU) meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah di Parit 310 Bagan Tiang Parit Buntar sekitar jam 2.00 pagi pada rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa ditemukan rentung di dalam kediaman tersebut.

“Panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar pada jam 2.34 pagi dan jentera tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Terdapat seorang mangsa OKU perempuan telah meninggal dunia dalam rumah tersebut manakala seorang lagi iaitu ibu mangsa cedera di bahagian kedua belah tapak kaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Sabarodzi, ketua operasi kemudiannya melaksanakan ‘size up’ dan seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarakah anggota membuat kerja-kerja pemadaman.

“Anggota menggunakan dua aliran 200 kaki dua pancutan dari sumber air terbuka sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi terkawal pada jam 3 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.25 pagi,” katanya.

Tambahnya, operasi disertai 17 anggota dari BBPM Parit Buntar, BBP Kuala Kurau dan PBS Parit Buntar. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI