KKM sasar gubal Akta Dana Kesihatan Nasional pada 2029

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan sasaran penggubalan Akta Dana Kesihatan Nasional (DKN) menjelang 2029 sebagai langkah memperkukuh sistem pembiayaan kesihatan negara dan merealisasikan liputan kesihatan sejagat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, DKN merupakan sebahagian daripada transformasi struktur pembiayaan kesihatan yang sedang dilaksanakan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan menggabungkan kekuatan sistem pembiayaan berasaskan cukai dan insurans sosial.

“Pewujudan DKN merupakan perubahan struktural yang besar, melibatkan penggubalan undang-undang baharu, hubungan persekutuan–negeri dan berkemungkinan turut menyinggung hal terkait perlembagaan.

“Oleh itu, akta ini perlu dilaksanakan dengan cermat, teliti dan berhemat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) yang ingin tahu tempoh masa kerajaan akan memperkenalkan kerangka pembiayaan kesihatan nasional yang mampan bagi mengurangkan kebergantungan sistem kesihatan awam pada peruntukan tahunan serta menangani peningkatan kos rawatan.

Dr Dzulkefly berkata, DKN yang sedang dirangka akan menggabungkan pembiayaan melalui cukai am bagi menjamin liputan kesihatan menyeluruh kepada rakyat selain mengambil pendekatan model Bismarck yang berasaskan insurans sosial melalui dana kesihatan khusus yang diurus secara berasingan.

Beliau berkata, pendekatan hibrid itu bertujuan membentuk kerangka pembiayaan kesihatan nasional yang mampan dan bersesuaian dengan konteks Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI