KPKM beri tumpuan tingkat pengeluaran padi – Mohamad

BAGAN SERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), akan terus memberi fokus kepada pelaksanaan pelbagai program yang mampu memberi nilai tambah dalam meningkatkan pengeluaran padi di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia penting kerana beras merupakan makanan ruji rakyat selain tumpuan yang diberikan terhadap perkara itu adalah bagi memperkukuh agenda sekuriti makanan negara.

“Fokus kementerian kita ialah memastikan makanan asasi utama iaitu beras mencukupi terutamanya beras tempatan,” katanya.

Mohamad berkata demikian mengulas fokus utama yang akan diberikan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan semalam, mengekalkan kedudukan beliau menerajui kementerian itu.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penutup Hari Keusahawanan dan Kurikulum di Maahad Al-Ehya Assariff di Gunung Semanggol di sini malam tadi, yang turut dihadiri lebih 300 tetamu.

Mohamad berkata bagi memastikan perkara itu direalisasikan, kerajaan juga dalam proses memperluas lokasi tanaman padi termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita masih dalam proses perbincangan dan fokus terarah kepada mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi diperluas tanaman padi di kedua-dua negeri berkenaan,” katanya.

— BERNAMA

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI