Kursus ‘Quick Win’, tingkat kemahiran peserta bantu jana pendapatan

TAPAH – Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membantu meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang jahitan beg (crochet) di samping menjana pendapatan sampingan.

Penyelia Kemas Parlimen Tapah, Eliza Mazlin Abdul Rahman berkata, seramai 10 peserta menyertai kursus yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini.

Menurutnya, sejurus selesai menjalani kursus tersebut, peserta akan dipantau selama dua tahun bagi memastikan mereka dapat menambah pendapatan daripada secara kecil-kecilan sehingga menjadi lebih tinggi.

Kursus 'Quick Win', tingkat kemahiran peserta bantu jana pendapatan
Penyelia Kemas Parlimen Tapah, Eliza Mazlin Abdul Rahman ketika temubual bersama MG Perak di Bengkel Jahitan Kemas Jalan Damai, Tapah, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 APRIL 2025.

“Untuk seni tangan ini, kita menghasilkan handbag crochet. Kalau ikutkan (jahitan beg crochet) bukan satu perkara yang mudah tapi saya respect (hormat) dengan semangat mereka dan saya percaya beg tangan tersebut boleh dibawa ke pasaran dengan lebih meluas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika memantau peserta kursus terbabit di Bengkel Jahitan KEMAS Jalan Damai, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Eliza Mazlin berkata, mereka yang berminat perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan KEMAS.

“Kriteria mereka yang ingin menyertai kursus ini mesti berusia 18 tahun ke atas serta mahir menggunakan mesin jahit.

“Paling penting mereka berminat dan berniat untuk tambah pendapatan kerana kebanyakan peserta bermula kemahiran ini daripada rumah,“ ujarnya.

Katanya, kursus tersebut tidak dikenakan sebarang yuran pendaftaran dan segala peralatan turut disediakan untuk kegunaan mereka.

“Peserta kali ini terdiri daripada suri rumah, usahawan dan ibu tunggal. Selain kursus seni tangan terdapat juga kursus lain disediakan seperti jahitan, masakan, solekan dan juga komputer,“ jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap bajet untuk mengadakan kursus ini dapat ditambah bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertainya.

Peserta, Ain Nur Natasha Ruszi, 27, dari Tapah Road berkata, dia mengetahui berhubung kursus itu melalui iklan di Facebook KEMAS Tapah.

Kursus 'Quick Win', tingkat kemahiran peserta bantu jana pendapatan
Peserta, Ain Nur Natasha Ruszi, 27, ketika temubual bersama MG Perak di Bengkel Jahitan Kemas Jalan Damai, Tapah, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 APRIL 2025.

“Tujuan saya menyertai kursus ini adalah untuk menambah ilmu dan pendapatan serta meningkatkan kemahiran menjahit beg sebab saya ada perniagaan menjahit pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak.

“Bagi saya kursus pendek seperti ini sangat bagus sebab boleh membantu peniaga kecil untuk tambah pendapatan selain daripada kerja hakiki sedia ada,“ katanya.

Kursus 'Quick Win', tingkat kemahiran peserta bantu jana pendapatan
Peserta, M Sheva Shakthee, 48, ketika temubual bersama MG Perak di Bengkel Jahitan Kemas Jalan Damai, Tapah, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 APRIL 2025.

Seorang lagi peserta, M Sheva Shakthee, 48, dari Pekan Tapah berkata, kursus tersebut bagus kerana dapat mengembangkan kemahiran.

“Sebelum ini saya hanya jahit baju sahaja, jadi saya nak expand (mengembankan) saya punya skill (kemahiran) lebih kepada kraftangan,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga bersaudara warisi ilmu, kemahiran TVET asuhan Politeknik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI