Lapan cedera kemalangan tiga kenderaan

SUNGAI PETANI – Lapan individu dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 94 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Penolong Penguasa Bomba Mohd Happyzam Abd Rasid berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.56 pagi dan kemalangan membabitkan sebuah lori, Perodua Myvi dan Toyota Noah.

Beliau berkata mangsa terdiri daripada dua lelaki menaiki lori, dua wanita di dalam kereta Myvi manakala seorang lelaki dan tiga wanita menaiki Toyota Noah.

“Pemandu kereta Myvi tersepit di tempat duduk dan dilaporkan mengalami kecederaan separa kritikal pada kepala, bahu dan kaki manakala mangsa lain mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Happyzam berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan operasi tamat pada 10.05 pagi selepas kerja pembersihan di lokasi kemalangan dijalankan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI