Lebih 800 syarikat di Perak peroleh pensijilan halal

IPOH – Lebih 800 syarikat yang beroperasi di Perak telah memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata, kesemua 800 syarikat yang menerima pensijilan halal berkenaan merangkumi skim-skim Pensijilan Halal Malaysia meliputi pengilangan produk makanan, farmaseutikal, peranti perubatan, kosmetik, rumah sembelihan dan beberapa sektor yang lain.

Menurut Saarani, industri halal terus berkembang pesat, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia di mana pasaran global halal dijangka mencecah hampir RM23 trilion (AS$5 trilion) menjelang 2030.

Ujar beliau, angka berkenaan jauh lebih besar berbanding nilai pasaran global halal pada 2020 sekitar RM10 trilion.

“Perak tentunya tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengambil manfaat dalam mengoptimumkan sumber yang ada bagi memperkukuhkan industri halal dengan.

“Ia dilakukan dengan melipat gandakan usaha dan ikhtiar bagi memperkukuhkan aspek keterjaminan makanan seperti digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya.

“Kerajaan negeri memperkukuhkan lagi usaha itu dengan melancarkan Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) pada 21 Ogos lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Halal Malaysia 2023, Negeri Perak, di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, bagi memperkukuhkan lagi usaha berkenaan kerajaan negeri telah melancarkan Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) pada 21 Ogos lalu.

Jelas beliau, pelancaran Perak HIP merupakan langkah strategik Kerajaan Negeri dalam memacu perkembangan industri halal yang semakin penting di peringkat antarabangsa.

“Selain itu pelancaran Perak HIP juga bertujuan menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat negeri Perak.

“Usaha ini sebagai komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong inisiatif-inisiatif pembangunan industri halal yang dilaksanakan bagi menghasilkan lebih ramai usahawan halal di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, langkah yang dilaksanakan dalam membangunkan industri halal ini tidak hanya semata-mata memanfaatkan potensinya yang cukup besar, sebaliknya ia juga berperanan memulihkan semula ekonomi pasca pandemik.

Tambah beliau, selain itu ia juga sebagai langkah kesiapsiagaan Perak bagi menghadapi ketidaktentuan iklim ekonomi dunia. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak terima pelaburan RM2 bilion melalui MB Inc

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI