MGPerak: Gerik Megatrails Angkat Potensi Sukan Lasak, Ekopelancongan Hulu Perak

15

Gerik Megatrails wajar dilihat sebagai acara yang memperkenalkan kekuatan Gerik dalam sukan lasak, ekopelancongan dan kembara alam semula jadi yang secara tidak langsung mengangkat keunikan daerah Hulu Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta untuk melalui pengalaman merentas laluan mencabar, menikmati keindahan alam dan merasai suasana komuniti di kawasan itu yang cukup istimewa.

Menurutnya, penyertaan peserta dari dalam dan luar negara termasuk Thailand membuktikan bahawa program ini mempunyai potensi untuk berkembang sebagai acara sukan lasak bertaraf serantau. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #mbperak #SaaraniMohamad #gerikmegatrails

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini