Lelaki Bangladesh berstatus MyPR ditahan jadi pembekal, urus pekerja asing tidak sah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh berstatus permastautin tetap (MyPR) yang mengurus dan membekalkan pekerja asing tanpa kebenaran serta kelulusan yang sah dengan berselindung di sebalik premis perniagaan ditahan, Rabu lalu.

Operasi bermula jam 12.20 tengah hari itu dijalankan di dua lokasi sekitar Semenyih, Selangor melibatkan premis perniagaan dan makanan oleh pasukan dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan dilakukan hasil risikan selama sebulan dan berjaya menahan suspek yang disyaki sebagai pemilik syarikat serta majikan.

“Pasukan turut menahan empat lelaki warga Bangladesh, seorang wanita warga Bangladesh dan seorang wanita perempuan warga Thailand yang kesemua tangkapan berusia antara 27 hingga 57 tahun dengan jumlah keseluruhan ditahan adalah tujuh orang.

“Semakan awal mendapati, majikan warga Bangladesh yang ditahan memiliki MyPR, seorang lelaki warga Bangladesh memiliki Pas Pelajar, seorang wanita warga Thailand memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (pekerja restoran).

“Manakala warga asing yang lain tidak memiliki sebarang Pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara naskah pasport yang disita Imigresen Putrajaya dalam serbuan di Semenyih. Foto Imigresen

Tambah beliau, pasukan operasi turut menyita 31 naskhah pasport Bangladesh, satu naskhah pasport Thailand, salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan wang tunai berjumlah RM48,524.

“Modus operandi suspek adalah menguruskan dan membekalkan pekerja asing tanpa kebenaran serta kelulusan yang sah malah menyasarkan majikan warga tempatan khususnya di Lembah Klang yang memerlukan tenaga kerja warga asing.

“Kegiatan ini berselindung disebalik premis perniagaan dan premis makanan malah suspek akan mengenakan bayaran bagi menguruskan dan memperbaharui Pas iaitu RM4,000 bagi setiap seorang,” jelasnya.

Susulan itu katanya, suspek utama akan disiasat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Tangkapan lain akan disiasat mengikut  Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka telah dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Seorang lelaki dan tiga wanita warga tempatan serta seorang lelaki warga Bangladesh telah diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tegas beliau, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI