Lelaki ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Bukit Kerajaan, di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang yang memaklumkan terdapat seorang mangsa di dalam rumah yang terkunci.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya jentera di lokasi didapati jeriji besi berada dalam keadaan terkunci dan pihak polis telah berada di rumah tersebut.

“Ketua Operasi melakukan penilaian situasi seterusnya mengarahkan anggota untuk memotong jeriji besi dengan menggunakan pemotong besi.

“Setelah pintu jeriji dibuka, kita menemui seorang lelaki berada di sofa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, operasi terkawal jam 5.45 petang dan tamat 15 minit kemudian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas maut motosikal terbabas dalam parit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI