IPOH – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta yang terkunci di belakang kedai di Peranakan Place, Bandar Seri Botani, di sini awal pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.56 pagi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian kita mendapati pintu kereta jenis Honda City hatchback terkunci dengan seorang mangsa lelaki berusia 33 tahun berada di bahagian pemandu.
“Ketua operasi melakukan penilaian situasi dan anggota melakukan kerja-kerja membuka pintu kereta dengan menggunakan dawai, sebelum mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 4.35 petang,” ujarnya. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Lelaki maut, lima ahli keluarga selamat, kereta terbabas masuk longkang


