Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika disyaki curi kabel TNB

IPOH – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memotong kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Ipoh-Lumut semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian itu berlaku ketika lelaki terbabit bersama seorang lagi suspek dipercayai sedang mencuri kabel berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal ke atas lelaki berusia 27 tahun itu mendapati dia mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan harta benda.

“Kita dimaklumkan mengenai penemuan si mati oleh orang awam sekitar jam 6.07 petang.

“Ketika kejadian terdapat saksi awam yang melihat dan membuat rakaman video di tempat kejadian.

“Rakaman itu menunjukkan si mati bersama seorang lagi suspek yang masih bebas sedang memotong kabel TNB dipercayai dengan tujuan mencuri dan secara tiba-tiba kabel tersebut meletup mengakibatkan kedua-duanya pengsan.

“Salah seorang suspek kemudiannya bangun dan melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda C10.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“TNB juga telah membuat laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan selari telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Sarjan Liyana Zulaikah Ibrahim di talian 019-7765 184 atau Sarjan Micheal Jevadas M Thrvasittham di talian 016-5325 208 bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bekas banduan dicekup curi kabel

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI