IPOH – Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar dalam kejadian di di Jalan Charleton, Taman Cherry, di sini lewat malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa seorang lelaki berusia 58 tahun yang memandu van jenis Ford itu dipercayai melanggar tiang telekomunikasi lalu terbabas.
Menurutnya, bomba menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 10.54 malam dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke lokasi.
“Ketika tiba di lokasi didapati sebuah van telah terbakar 90 peratus. Bagaimanapun, pemandu van itu berjaya keluar menyelamatkan diri daripada kenderaan tersebut selepas terbabas,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Beliau berkata, ketua operasi melakukan konsep ‘receo’ dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula bersumberkan air dari jentera bomba untuk memadam kebakaran itu sepenuhnya.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhurazi Johari itu tamat kira-kira jam 11.53 malam. – MG Perak
ARTIKEL BERKAITAN:
Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Kancil postif dadah – Polis
[…] Lelaki selamat, van terbakar selepas langgar tiang telco […]