Lelaki serah diri selepas bunuh isteri

BATU GAJAH – Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas mengaku membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di bandar ini pada petang Khamis.

Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun itu berbuat demikian di kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang tadi.

Turut difahamkan, lelaki terbabit menggunakan senjata pisau untuk melakukan perbuatan tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat masalah rumah tangga yang melanda pasangan berkenaan serta menjurus ke arah penceraian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan tentang kejadian berkenaan serta tindakan suspek yang datang sendiri ke balai polis untuk menyerah diri.

“Ya, benar,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut meminta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga asing ditemukan maut dengan enam kesan tikaman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI