Lelaki tikam penjual mi diburu

IPOH – Polis sedang memburu lelaki yang dipercayai menikam seorang penjual mi menggunakan pisau di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai insiden itu selepas beberapa video dan gambar tular di media sosial Facebook.

Menurutnya, semakan polis mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.00 pagi melibatkan mangsa seorang lelaki berusia 44 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut akibat ditikam menggunakan senjata pisau oleh suspek, seorang pelanggan lelaki yang tidak dikenali.

“Akibat kecederaan itu, mangsa menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata pisau.

“Kini, pihak polis sedang giat mengesan suspek yang masih bebas untuk membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu dengan menghubungi Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-254 2222,” ujarnya.

VIDEO: https://fb.watch/oHCmA8TmyT/

Terdahulu, tular beberapa video kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai ‘hoodie’ berwarna putih bercakap dengan salah seorang peniaga gerai makanan di restoran itu.

Kemudian, sebelum secara tiba-tiba lelaki terbabit bertindak menikam peniaga terbabit di bahagian perut. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki tikam wanita di kedai dobi layan diri diberkas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI