Lelaki warga emas Orang Asli dilaporkan hilang

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki warga emas Orang Asli dari Kampung Saseh Pos Perwor Lasah, di sini, dipercayai hilang di dalam kebun getah selepas mangsa disedari tiada di dalam kediamannya sejak Khamis.

Mangsa, Ali Pandak, 68, dilihat kali terakhir oleh adik ipar beliau sekitar jam 7 pagi pada Khamis memakai baju berwarna biru dan seluar berwarna biru gelap sebelum dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd Jamalludin Mat Yusop berkata, anggota bomba menerima panggilan kejadian pada jam 2.33 petang pada Jumaat sebelum tiba dilokasi kejadian pada 3.55 petang.

Menurut beliau, berdasarkan makluman awal, mangsa dilaporkan hilang selepas pencarian yang dijalankan di sekitar kediaman oleh anak lelakinya gagal menemui bapanya itu.

Ali Pandak warga emas orang asli dari Kampung Saseh Pos Perwor Lasah yang dilaporkan hilang sejak Khamis
Ali Pandak warga emas orang asli dari Kampung Saseh Pos Perwor Lasah yang dilaporkan hilang sejak Khamis

“Operasi mencari mangsa dimulakan pada petang Jumaat bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung di kawasan sekitar menggunakan konsep L.A.S.T dan kaedah pencarian secara base line.

“Operasi kemudiannya ditangguhkan sekitar jam 6 petang pada Jumaat sebelum disambung semula jam 9 pagi pada Sabtu,” katanya ketika dihubungi MG Perak, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Jamalludin berkata, operasi pencarian mangsa hilang yang diteruskan pada hari kedua melibatkan dua kumpulan masing-masing seramai 17 orang anggota.

“Radius pencarian mangsa sejauh empat kilometer daripada pusat kawalan bomba (PKB) dan dipecahkan kepada dua kumpulan,” katanya. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI