Lori sawit sondol belakang bas, seorang maut

BAGAN SERAI – Seorang wanita maut manakala tiga cedera dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres dan lima lori di Kilometer 200.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Gunung Semanggol, di sini pagi tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan trafik bergerak perlahan dari arah Bukit Merah menuju ke Taiping Utara.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 11.33 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting bergegas ke lokasi kejadian.

“Maklumat awal mendapati, kejadian berlaku apabila lori muatan sawit dinaiki mangsa bersama dua yang lain melanggar bahagian belakang sebuah bas membawa enam penumpang.

“Pelanggaran itu turut mengakibatkan empat lori terbabit dalam insiden berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.

Katanya, tiga lagi yang cedera melibatkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang menaiki lori muatan sawit manakala seorang lagi membabitkan pemandu lori lain.

“Mangsa yang juga penumpang lori muatan sawit itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kesemua penumpang bas yang terselamat dipindahkan ke bas lain untuk meneruskan perjalanan,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Eddy Nirwan Rahim itu tamat pada jam 1.11 petang. – MG Perak

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI