Mangsa banjir di tiga daerah di Perak kembali menurun

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 353 orang daripada 103 keluarga setakat pagi ini, berbanding 419 orang daripada 121 keluarga pada pagi Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) kekal lima melibatkan tiga daerah iaitu Hulu Perak, Kerian dan Hilir Perak.

Menurut JPBN Perak, bagi daerah Hilir Perak, seramai 105 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 48 mangsa daripada 12 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan MPTI, Langkap.

“Bagi daerah Kerian pula seramai 100 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakal 59 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di SK Alor Pongsu.

“Sementara itu, seramai 41 mangsa daripada 14 buah keluarga di daerah Hulu Perak masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Luak Luar,” katanya pada Sabtu.

Mengulas lanjut, JBPN Perak berkata, sebanyak 16 buah kampung di daerah Hilir Perak masih terjejas akibat banjir, diikuti lapan buah kampung di daerah Kerian dan empat buah kampung di daerah Hulu Perak.

Sementara itu katanya, berdasarkan kepada data aras air sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak merekodkan paras bahaya iaitu 3.65 meter (m) berbanding paras normal 2 m.

Tambahnya, manakala bagi paras air di Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang mencatatkan paras waspada iaitu 13.28 m. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Mangsa banjir di Perak kembali bertambah dengan 419 orang

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI