Mangsa banjir di Perak kembali bertambah dengan 419 orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak bertambah kepada 419 orang daripada 121 keluarga setakat pagi ini berbanding 379 orang daripada 107 keluarga pada malam Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, ia selepas sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Luak Luar, Pengkalan Hulu dibuka tengah malam pada Khamis.

“Seramai 40 mangsa daripada 14 keluarga melibatkan Kampung Paya Kuak Luar, Kampung Bukit Serdang Air Panas, Kampung Kuak Tengah dan Kampung Raja Kayu dari Pengkalan Hulu terpaksa dipindahkan tengah malam tadi.

“Ini menjadikan Daerah Hulu Perak sebagai daerah terbaharu yang terjejas akibat banjir selepas Hilir Perak dan Kerian yang menempatkan tiga buah PPS sehingga pagi ini,” katanya pada Jumaat.

Menurut JPBN Perak, jumlah mangsa di daerah Hilir Perak kekal dengan PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan seramai 171 penduduk daripada 50 keluarga melibatkan 11 buah kampung.

“Manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap pula menempatkan 51 orang daripada 14 keluarga dari lima buah kampung.

“Sementara itu, bagi daerah Kerian pula kekal dengan 100 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” katanya.

Sementara itu katanya, berdasarkan kepada data aras air sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak merekodkan paras bahaya iaitu 3.81 meter (m) berbanding paras normal 2 m.

Tambahnya, manakal bagi paras air di Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang mencatatkan paras waspada iaitu 13.64 m. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Banjir: Mangsa di Perak menurun sedikit malam ini

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI