Masuk penjara pun saya tak takut, apa nak elak kalau setakat podcast – Rafizi

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan jadual hariannya sudah penuh dan tidak mempunyai ruang untuk perkara lain.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sama juga dengan bulan depan di mana jadual untuk Julai juga sudah penuh dengan pelbagai slot.

“Jadual telah disusun, 1) Julai dah penuh slot 2) Ogos – Lim Sian See (or whatever his name is, we’ll only know when he signed a declaration of who he is actually).

“Isham Jalil dah tolak walaupun dijemput…resit ada. Puad Zakarshi, dia wakil rakyat dari parti dalam kerajaan perpaduan, lebih baik bincang dalaman kalau tak puas hati,” katanya menerusi laman X.

Semalam, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR, tidak mengelak untuk bersemuka dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi, bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan pempengaruh media sosial, Lim Sian See.

Katanya, Rafizi perlu mengotakan cabarannya untuk bersemuka dengan kesemua mereka dalam podcast ‘Yang Bakar Menteri’ dikendalikan sendiri olehnya.

Beliau menegaskan, Rafizi tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata untuk bersemuka dengan ketiga-tiga individu berkenaan.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau tidak mengelak daripada bersemuka dengan semua yang berkenaan kerana pernah mendedahkan skandal lebih besar 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Masuk penjara pun saya tak takut masa dedahkan skandal 1MDB, apa lak nak mengelak kalau setakat podcast,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI