MB lancar persidangan Dewan Belia Perak 2025/2026

IPOH – Kerajaan Perak hari ini melancarkan persidangan Dewan Belia Negeri Perak bagi sesi kelima 2025/2026 yang dijadual bersidang pada Julai depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pencalonan juga telah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 30 tahun untuk menjadi perwakilan.

Menurutnya,  kerajaan negeri juga telah meningkatkan peruntukan Dewan Belia kepada RM600,000 bagi tahun 2025, berbanding RM400,000 tahun lalu.

“Selaras dengan pertambahan ini, jumlah perwakilan juga bertambah kepada 63 orang, terdiri daripada 59 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) serta empat kuota khas mewakili agensi kerajaan negeri.

MB lancar persidangan Dewan Belia Perak 2025/2026
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media pelancaran persidangan Dewan Belia Negeri Perak bagi sesi kelima (2025/2026), yang dijadual bersidang pada Julai tahun ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2025.

“Semoga Dewan Belia Negeri Perak sesi kelima ini terus menjadi pemangkin melahirkan pemimpin muda yang kompeten, berwawasan dan berdaya saing tinggi demi manfaat rakyat dan negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Dewan Belia Negeri Perak Sesi 2025/2026 di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

MB lancar persidangan Dewan Belia Perak 2025/2026
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis pelancaran persidangan Dewan Belia Negeri Perak bagi sesi kelima (2025/2026), yang dijadual bersidang pada Julai tahun ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2025.

Saarani berkata, antara syarat-syarat untuk menjadi calon perwakilan Dewan Belia termasuklah penduduk asal Perak atau bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya lima tahun.

“Selain itu, belum pernah menyertai Dewan Belia sebelum ini, fasih berbahasa Melayu serta mampu berkomunikasi dengan baik, tidak mempunyai rekod jenayah dan bukan muflis,” jelasnya.

Pendaftaran pencalonan dibuka mulai hari ini, 26 Mac sehingga 25 April ini menerusi laman sesawang rasmi eheyns.com.my dan kerajaan negeri berharap belia yang layak mengambil peluang ini untuk bersama-sama menjayakan matlamat Perak Sejahtera 2030. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Exco Perak yakin Ahmad Saidi mampu pikul tugas Speaker Dewan Belia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI