MBI dijangka selesai edar tong sampah percuma pada 2025

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dijangka akan selesai mengagihkan tong sampah percuma kepada kediaman penduduk di seluruh bandar raya ini pada tahun 2025.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kira-kira 50 peratus tong sampah telah diedarkan kepada penduduk melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Kalangan Warga Ipoh sejak ia diperkenalkan pada 2021.

Menurutnya, pemberian tong sampah ini juga turut membantu mengatasi masalah sampah haram yang berlaku di bandar raya ini.

“Setakat ini, sebanyak 84,547 unit tong sampah berkapasiti 120 liter telah diedarkan di sekitar Ipoh.

“Kita akan meneruskan pemberian tong sampah secara percuma ini dari semasa ke semasa dan ia dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah dan Sesi Townhall Penyelarasan Lalu Lintas dan Penambahan Parkir di Kawasan Perniagaan Taman Pertama di Padang Awam Taman Pertama, di sini, pada Rabu.

MBI dijangka selesai edar tong sampah percuma pada 2025
Anggota Majlis Bandaran Ipoh (MBI) memberikan taklimat sebelum bermulanya Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah dan Sesi Townhall Penyelarasan Lalu Lintas dan Penambahan Parkir Kawasan Perniagaan Taman Pertama di Padang Awam Taman Pertama, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2023.

Pada program itu, sejumlah 2,562 unit tong sampah diedarkan kepada penduduk manakala sebanyak 93 unit (240 liter) dan 29 unit (660 liter) tong sampah diserahkan kepada pemilik rumah kedai di kawasan taman berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Cheah Pou Hian berkata, sebanyak empat kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang bagi membendung isu pembuangan sampah haram di sekitar Taman Pertama.

“Justeru, menerusi program ini warga Ipoh dapat menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai suatu budaya seawal dari rumah dan seterusnya melahirkan masyarakat yang menghargai dan mengutamakan kebersihan dan keindahan persekitaran.

“Sehubungan itu, saya meminta supaya penduduk yang menerima tong sampah ini supaya menjaganya sebaik mungkin dan menggunakannya dengan berhemah,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MBI tawar 1,310 petak niaga di 19 lokasi Bazar Ramadan 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI