IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menangkap sebanyak 1,300 anjing liar bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, MBI cakna dan memandang serius berhubung masalah anjing liar yang berlaku di sekitar bandar raya ini.
Menurutnya, sehingga November tahun ini, sebanyak 1,500 aduan diterima berhubung masalah tersebut.
“Kita memang ada menerima aduan berhubung kemunculan haiwan itu yang didapati berkeliaran terutamanya di kawasan perumahan.
“Justeru, untuk memastikan keselamatan awam, kita memang bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk melakukan tangkapan anjing liar.
“Bagaimanapun, tangkapan yang dilakukan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2014,” katanya kepada MG Perak baru-baru ini.
Beliau berkata, anjing liar jika tidak dikawal boleh memudaratkan orang awam kerana haiwan ini membawa penyakit.
“Kadang-kadang anjing liar ini wujud disebabkan segelintir pemilik yang sudah tidak mampu membela haiwan itu akibat terjejas pendapatan, jadi mereka bertindak melepaskan anjing tersebut,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI, Ahmad Zaiyadi Sudin berkata, MBI melalui Unit Kawalan Anjing Dalam Distres yang dianggotai tujuh orang termasuk seorang Penyelia ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja menangkap haiwan tersebut.
Katanya, anjing liar yang ditangkap akan disimpan di dalam stor selama tiga hari dan jika tidak dituntut akan dilepaskan di tapak pelupusan sampah yang terletak di Papan.
“Bagi tempoh sehingga November tahun ini, sebanyak 364 ekor anjing dituntut oleh NGO, 161 ekor pula dituntut oleh pemilik.
“Sebanyak 826 ekor anjing yang tidak dituntut dilepaskan di tapak pelupusan sampah berkenaan,” jelasnya. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Anjing gangguan di tempat kawasan kediamam
Alamat:6 tanah hitam 31200, owner bela anjing lebih 4-5 ekor,setiap kali lalu jalan pun kerjar dan nak gigit orang,harap pihak tindakan dan boleh kasih orang dewan selamat, terima kasih