MESRA Hari Bertemu Pelanggan: 77 peratus aduan selesai

BAGAN DATUK – Sebanyak 1,308 aduan daripada pelbagai pihak diterima Kerajaan Perak melalui program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri sejak penganjuran siri pertama di Ipoh, Februari tahun lalu,

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 77 peratus atau 1,013 aduan yang diterima telah berjaya diselesaikan sementara baki 295 aduan masih dalam peringkat tindakan.

MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Perak Kerajaan Negeri Perak hari bertemu pelanggan perak menteri besar perak datuk seri saarani mohamad mb perak saarani MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Perak Kerajaan Negeri Perak hari bertemu pelanggan perak menteri besar perak datuk seri saarani mohamad mb perak saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato Lope Hashim Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2023.

“Hari ini (Khamis) saya dan barisan pentadbiran kerajaan negeri berada di Daerah Bagan Datuk bagi menjayakan siri Ke-10 Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2023 di Dewan Dato’ Lope Hashim di sini.

“Penganjuran siri ke-10 pada tahun ini adalah komitmen kerajaan negeri untuk meneruskan tradisi turun padang menyelami permasalahan rakyat setelah penganjuran di lima daerah selain di Stadium Indera Mulia, Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato’ Lope Hashim, di sini, pada Khamis.

Hadir sama barisan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Perak Kerajaan Negeri Perak hari bertemu pelanggan perak menteri besar perak datuk seri saarani mohamad mb perak saarani MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Perak Kerajaan Negeri Perak hari bertemu pelanggan perak menteri besar perak datuk seri saarani mohamad mb perak saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato Lope Hashim Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2023.

Selain itu, turut diadakan acara Jualan Rahmah dengan kerjasama rakan strategik SEGI Fresh dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC).

Pada program berkenaan pengunjung berpeluang untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan potongan harga hingga 50 peratus berbanding harga di pasaran.

Dalam pada itu, Saarani berkata pada program sama, beliau turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) dan Younchang Engineering and Construction (M) Sdn. Bhd. serta Chin Hin Group Berhad bagi cadangan Projek Bagan Datuk International Fishery Industrial Park.

Katanya, melalui usaha itu, sebuah pusat industri perikanan bertaraf global akan dibangunkan sekali gus menjadi pemacu antara ekonomi utama dalam industri perikanan dan makanan halal di Bagan Datuk.

“Selain memberi nilai tambah kepada perkembangan ilmu serta kepakaran teknologi tinggi dalam industri bidang perikanan dan produk perikanan yang dihasilkan di Malaysia, inisiatif itu juga dijangka mampu menyediakan lebih 5,500 peluang pekerjaan,” katanya lagi -MG Perak

 

Aritikel Berkaitan:

MGPerak: Laman Perak Sejahtera 2030@Bagan Datuk tarikan baharu pelancongan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI