MGPerak: Acara Seni, Muzik Elemen Penting Hidupkan Bandar, Perkukuh Perpaduan – Kor Ming

1

IPOH – Penganjuran acara kesenian seperti festival muzik bukan sahaja dapat memberi impak positif kepada sesebuah bandar malah ia mampu menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, mengambil contoh penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 di Kuala Lumpur, acara festival muzik berkonsepkan air itu disifatkan sebagai mempunyai signifikan yang tidak seharusnya diketepikan.

Katanya, meskipun ia terpalit dengan kontroversi, namun acara yang diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 itu telah berjaya menggamit kehadiran orang ramai dan pelancong ke Ibu Negara. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini