MGPerak: Belanjawan 2027: Perak Naikkan Peruntukan Baik Pulih, Bina Masjid, Surau Kepada RM18 Juta

2

IPOH – Peruntukan bagi membaik pulih dan bina baharu masjid serta surau di negeri Perak pada tahun 2027 meningkat kepada RM18 juta iaitu pertambahan RM3 juta berbanding sebelumnya menerusi Belanjawan Perak 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan menaik taraf institusi pendidikan Islam di negeri ini turut ditingkatkan sebanyak RM2 juta kepada RM7 juta bagi tahun hadapan.

Katanya, sebagai institusi utama dalam menegakkan syiar Islam negeri, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerima peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta dengan menjadikan keseluruhannya berjumlah RM133.8 juta. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini