MGPerak: Berlumpur Tapi Menyeronokkan, Karnival Sukan Bendang Tarik 3,000 Pengunjung

257

Selepas tujuh tahun, acara aktiviti sukan yang diadakan dalam kawasan bendang kembali diadakan di Kampung Senin, Mukim Layang-layang, dekat sini, pada Sabtu.

Karnival Sukan Bendang yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat itu disertai kira-kira 3,000 pengunjung dari seluruh Daerah Perak Tengah dan daerah berhampiran.

Bola sepak bendang antara enam acara dipertandingkan membabitkan 10 pasukan yang terdiri daripada penduduk setempat, agensi kerajaan, dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini