MGPerak: Dua Geng Jiva Dihadapkan Ke Mahkamah Dengan 10 Pertuduhan

219

IPOH – Dua anggota kumpulan penjenayah Geng Jiva dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis atas 10 pertuduhan melibatkan kes pecah rumah, memiliki senjata berbahaya, rompak, dan mendatangkan kecederaan di sekitar Ipoh antara Jun 2022 hingga Oktober 2023.

Tertuduh K. Gunasegaran, 34 dan K. Kaliswaran, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah kesemua pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini