IPOH – Golongan Generasi Z (Gen Z) perlu membudayakan pengurusan kewangan secara bijak dan berdisiplin bagi membina kestabilan kewangan, termasuk merealisasikan impian memiliki rumah pada usia muda.
Pengarah Program Gen Z Duit Smart@Belia Merdeka Hutang, Noor Ain Anuar berkata, kesedaran mengurus pendapatan mengikut kemampuan sebenar penting bagi mengelakkan golongan muda terjebak dengan gaya hidup yang melebihi kemampuan kewangan mereka.
Menurutnya, kecenderungan mengikuti trend semasa tanpa mengambil kira pendapatan boleh menyebabkan golongan muda mengutamakan kehendak berbanding keperluan, sekali gus menjejaskan keupayaan mereka untuk menyimpan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





