MGPerak: Hujan Lebat, Air Pasang, Sistem Saliran Punca Banjir Di Perak – JPS

46

IPOH – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak telah mengenal pasti tiga faktor utama punca berlakunya banjir luar biasa di beberapa daerah baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Ahmad Shahrir Md. Naziri berkata, fenomena air pasang besar yang berlaku di hilir Sungai Perak merupakan antara faktor berlakunya limpahan air sungai hingga menyebabkan banjir.

Menurut beliau, paras air laut semasa fenomena air pasang besar merekodkan bacaan tinggi melebihi daripada keupayaan struktur yang ada. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini