MGPerak: IPR-INTAN: Perak Sedia Bincang Dengan Kementerian Ekonomi

223

IPOH – Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi berhubung Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk memperluaskan inisiatif itu ke semua daerah.

Kata beliau, usaha berkenaan selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam memperkasakan sekuriti makanan yang diterajui Kerajaan negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

“Kita akan berjumpa dengan Kementerian Ekonomi bagi menawarkan tanah-tanah kepunyaan PPPNP untuk inisiatif IPR-INTAN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran IPR-INTAN Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Hospital Bahagia Ulu Kinta, dekat sini, pada Selasa.

#malaysiagazetteperak #mgperak mbperak #saaranimohamad ##rafiziramli #iprintan #sadc #pertanian #keterjaminanmakanan

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini