MGPerak : Isu GISBH: Saarani Akan Menghadap Sultan Perak Dalam Masa Terdekat

76

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dijangka akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas laporan lengkap berhubung aktiviti Global Ikhwan Services dan Business Holdings (GISBH) diperoleh daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menurutnya, beliau akan berbuat demikian dalam masa terdekat bagi mempersembahkan perkembangan berhubung isu GISBH kepada Sultan Nazrin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini