MGPerak: Keluarga Pelajar Maut Dalam Kemalangan Lantik Peguam

250

IPOH – Keluarga kepada pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut dalam kemalangan di Taman Jati, Meru, pada Jumaat lalu melantik peguam bagi mengendalikan kes tersebut.

Kakak mangsa, Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, berkata, langkah itu merupakan usaha pihak keluarga unruk memastikan keadilan dalam kes berkenaan dapat terlaksana sebaiknya.

Menurut Jururawat itu, pihak keluarganya sedang mengumpul segala bukti dan video kejadian itu untuk diserahkan kepada peguam yang dilantik. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini