MGPerak: Masih Ada Majikan Gagal Laksana Gaji Minimum – MTUC

90

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendapati masih terdapat majikan di negara ini yang gagal mematuhi pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,500 walaupun ia sudah mula berkuat kuasa sejak dua tahun lalu.

Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kira-kira 10 peratus majikan di negara ini tidak berbuat demikian seperti mana yang dimaklumkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sewaktu membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat tahun lalu.

Menurutnya, bagi memastikan gaji minimum ini dilaksanakan, kerajaan perlu mengambil langkah lebih tegas terhadap majikan yang berbuat demikian dalam menangani isu berkenaan.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini