MGPerak: NCIA Biaya RM15 Juta Bangunkan Projek Pelancongan Warisan Ipoh

178

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperuntukkan RM15 juta bagi Projek Pelancongan Warisan Ipoh (IHT) untuk membangun dan menaik taraf pelbagai infrastruktur untuk kemudahan tarikan pelancong di negeri ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching, pakej pertama projek tersebut melibatkan Padang Ipoh dan Kinta Riverwalk yang menelan belanja sebanyak RM4 juta telah siap pada 8 Mac 2022 manakala pakej kedua bernilai RM11 juta melibatkan kerja-kerja naik taraf Dewan Bandaran Ipoh dan Pejabat Pos Lama yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini