IPOH – Seramai 69 pelajar termasuk seorang murid Tahun Enam antara 136 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, di Jalan Klebang Ria, di sini, pada Ahad.
Daripada jumlah tersebut, 22 pelajar Tingkatan Lima yang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan ini antara yang ditahan dalam operasi itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, operasi itu dilakukan susulan polis menerima aduan dari penduduk setempat berhubung kegiatan lumba haram yang semakin berleluasa dan mengganggu ketenteraman awam di kawasan terbabit. – MGPerak