IPOH – Jati diri Muslim dan identiti ummah ketika ini berdepan cabaran yang perlu ditangani secara serius, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda bertitah, ummah kini semakin terdedah kepada pengaruh global menerusi media sosial, budaya popular, hiburan dan gaya hidup yang turut membentuk pemikiran generasi muda.
Usaha, pendekatan dan langkah yang bijak sangat diperlukan untuk mengimbangkan dan memastikan kemodenan tidak menghakis prinsip dan identiti Muslim, demi memastikan tidak akan wujud krisis keyakinan terhadap identiti sendiri. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





